COCO berjaya pamer rentak cemerlang di Terbuka Madrid. FOTO Reuters
COCO berjaya pamer rentak cemerlang di Terbuka Madrid. FOTO Reuters
Reuters

Madrid: Pilihan ketiga, Coco Gauff hampir tewas di set pertama kepada pemain nombor 31 dunia, Dayana Yastremska sebelum kembali beraksi dan menewaskan pemain Ukraine itu 6-4, 6-1 untuk mara ke pusingan 16 akhir Terbuka Madrid.

Coco memulakan set pertama dengan semangat tinggi, memenangi lima permainan pertama untuk menjadikan rentak kemenangannya 17 berturut-turut.

Bagaimanapun, Coco mula goyah, Dayana mengambil kesempatan, bangkit kembali melakukan servis pada kedudukan 5-4 sebelum kesilapan membenarkan pemain Amerika Syarikat (AS) kembali ke landasan kemenangan.

"Ia adalah perlawanan yang sukar, secara jujur, kerana dia banyak bergerak," kata Coco selepas perlawanan.

"Apabila dia mula memukul bola, sukar untuk mencari rentak kerana saya tidak pernah dapat peluang. Jadi saya cuba mencari perbezaan antara cuba menjadi agresif dan membiarkan kesilapan datang."

Selepas menamatkan set pertama 6-4, Coco menguasai set kedua dengan kemenangan 6-1 untuk menamatkan perlawanan dalam masa sejam dan 17 minit.

Coco seterusnya akan menentang rakan senegara, Madison Keys, yang menewaskan pemain ke 15 dunia. Liudmila Samsonova dari Rusia 6-2, 6-3.

Pilihan utama, Iga Swiatek dari Poland meneruskan usaha mempertahankan kejuaraan dengan satu lagi kemenangan mudah, 6-1, 6-1 kali ini ketika berdepan Sorana Cirstea dari Romania.

Kemenangan itu meletakkan rekod musim Iga kepada 26-4 dan 16 kemenangan di atas gelanggang tanah liat menentang lawan yang berada di luar kelompok 20 teratas WTA.

"Saya sudah bersedia untuk kedua-dua senario," kata Iga selepas perlawanan,

"Bagaimanapun, yang pasti ia berasa seperti Roland Garros 2020 kerana cuaca hari ini, dan saya tahu bahawa saya boleh bermain dengan baik dalam keadaan ini."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2024 @ 11:26 AM