SYAFIQ
SYAFIQ
POSTER Cinta Deep Press.
POSTER Cinta Deep Press.
ANTARA babak dalam filem pendek Cinta Deep Press.
ANTARA babak dalam filem pendek Cinta Deep Press.
ANTARA babak dalam filem pendek Cinta Deep Press.
ANTARA babak dalam filem pendek Cinta Deep Press.
PELAKON utama Cinta Deep Press.
PELAKON utama Cinta Deep Press.
Siti Farahiyah Aziz


Abdullah Syafiq Ahmad, 25, yang mesra dipanggil Syafiq, anak muda yang berani mengambil risiko mengundur diri daripada alam pekerjaan sebagai eksekutif kepada pengarahan filem pendek.

Meskipun kebanyakan graduan berusaha mendapatkan pekerjaan tetap, berbeza dengan Syafiq apabila dia cuba mengetengahkan minatnya dalam pengarahan filem dengan memulakan karya menghasilkan filem pendek.

Menurut graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan ini, dia yakin dengan berbekalkan pengetahuan dan kemahiran sebagai pengarah serta penyunting, dia mampu menghasilkan filem pendek yang memberi impak kepada audien.

Tujuan utama beralih bidang

Syafiq berkata, dia ingin mencuba sesuatu yang baru dengan mengetengahkan minatnya untuk berkarya atau terhadap kerja pembikinan.

“Pada masa sama, saya boleh menyampaikan mesej berkenaan suatu perkara menerusi filem pendek dengan mudah dan mampu memberi kesan kepada penonton.

“Selain itu, saya juga ingin membuktikan walaupun tiada pendidikan formal dalam bidang perfileman, saya boleh menghasil filem pendek dengan jalan cerita yang menarik,” katanya.

Pengurusan masa

Proses pembikinan filem bertajuk ‘Cinta Deep Press’ bukan suatu yang mudah walaupun ia adalah filem pendek kerana perlu membuat pembahagian masa dengan baik.

Menurut Syafiq, disebabkan hampir keseluruhan penceritaan ini diadaptasikan daripada kisah benar, cerita ini mengambil masa hampir setahun.

“Beberapa watak dalam filem ini sudah bekerja dan terikat dengan komitmen masing-masing. Oleh itu, saya perlu membuat jadual rakaman watak mereka pada hari cuti saja.

“Pada waktu lain pula, saya akan menyelesaikan kerja suntingan kerana terlalu banyak babak yang perlu diperhatikan dengan teliti,” ujarnya.

Cabaran

“Cabaran utama saya adalah ketika tempoh pembikinan filem itu, saya mengalami kecederaan iaitu patah kaki akibat terjatuh selepas seminggu memulakan rakaman. Dalam tempoh untuk pulih, kerja pembikinan filem itu masih berjalan seperti biasa walaupun pergerakan saya terbatas.

“Selain itu, saya terpaksa menggunakan teknik ‘super impose’ kerana kekangan kekurangan pelakon wanita tambahan. Akhirnya filem ini siap sepenuhnya pada Februari baru-baru ini,” katanya.

Perbezaan dengan filem pendek lain

“Pada pendapat saya, walaupun sudah ada ramai golongan muda yang menghasilkan filem pendek, secara nyata kali ini filem ini dihasilkan oleh individu yang tiada pendidikan formal dalam perfileman.

“Selain itu, keseluruhan cerita ini 100 peratus hasil karya atau idea saya sendiri apabila saya turut menghasilkan beberapa lagu untuk diselitkan bersama filem ini,” katanya.

Antara lagu yang dihasilkan Syafiq adalah ‘Fight For You’, ‘Lost’ dan ‘Only One’.

Oleh itu, ini menunjukkan bakat Syafiq bukan saja terhadap perfileman tetapi kebolehan menghasilkan lagu sendiri.

Harapan atau perancangan akan datang

“Filem penuh ‘Cinta Deep Press’ sudah dimuat naik ke YouTube pada 31 Mac lalu. Oleh itu, saya berharap orang ramai menonton filem pendek yang saya hasilkan dengan kos serta peralatan yang minimum.

“Selain itu, saya juga berharap akan mendapat peluang serta pendedahan dalam industri perfileman sama ada sebagai pelakon, pengarah atau penulis skrip untuk bergerak bersama penggiat seni lain dalam memajukan industri hiburan negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 April 2016 @ 8:41 AM