Norizuan Shamsuddin


Kuala Lumpur: Enam badan bukan kerajaan (NGO) buat laporan polis hari ini bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjuran pertandingan ratu pondan yang bertindak kasar terhadap anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ahad lalu.

NGO berkenaan terdiri daripada Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (GEGAS), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Majlis Bendahara dan Akhlak Rahsia Cekal (ARC).

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili kesemua NGO itu berkata, mereka membuat laporan polis terhadap tindakan penganjur dan peserta program yang bersikap kurang ajar terhadap anggota penguatkuasa yang menjalankan tugas.

"Kami berasa sangat marah terhadap pihak penganjur program berkenaan yang bersikap kurang ajar dan biadap.

"Perkara ini amat memalukan dan satu perkara tidak boleh dipandang remeh. Kami menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JAWI untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit dalam penganjuran program itu," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 2:35 PM
WAKIL enam NGO selepas membuat laporan polis. FOTO Norizuan Shamsuddin
WAKIL enam NGO selepas membuat laporan polis. FOTO Norizuan Shamsuddin