Najib dan Rosmah menyaksikan pemeteraian perjanjian Celcim Axiatadan BAM oleh Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Datuk Seri Shazalli Ramly (duduk, kiri) dan Pemangku Presiden BAM Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid (duduk, kanan). FOTO BERNAMA
Najib dan Rosmah menyaksikan pemeteraian perjanjian Celcim Axiatadan BAM oleh Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Datuk Seri Shazalli Ramly (duduk, kiri) dan Pemangku Presiden BAM Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid (duduk, kanan). FOTO BERNAMA
Oleh Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Celcom Axiata Berhad menandatangani kontrak sebagai penaja utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebentar tadi dengan nilai sebanyak RM24 juta selama tiga tahun bermula 4 April tahun ini hingga 2018.

Jumlah penajaan itu akan membabitkan beberapa aspek termasuk pembangunan, menghantar pemain ke kejohanan luar negara dan juga insentif kepada kejayaan pemain.

Dalam pada itu Celcom juga menambah peruntukan sebanyak 10 juta dalam tempoh tiga tahun untuk tujuan promosi membabitkan iklan dan acara sampingan.

Penaja baru itu yang menggantikan Maybank juga berjanji akan membantu BAM bagi melonjakkan semula Malaysia sebagai kuasa besar dalam sukan badminton.

Maybank sebelum ini menjadi penaja utama kepada BAM sejak 2011 bermula dengan tajaan RM6 juta setahun sebelum nilai itu dinaikkan secara berperingkat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyaksikan pemeteraian perjanjian Celcom Axiata dan BAM untuk penajaan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia-Celcom Axiata di Bangunan Perdana Putra hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mac 2016 @ 3:12 PM