PENG Soon (kanan) bersama Liu Ying (kiri) mengambil 45 minit untuk menewaskan beregu China. FOTO Twitter/NZ Badminton Open
PENG Soon (kanan) bersama Liu Ying (kiri) mengambil 45 minit untuk menewaskan beregu China. FOTO Twitter/NZ Badminton Open
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying merangkul gelaran pertama tahun ini di perlawanan akhir Terbuka New Zealand, hari ini.

Peng Soon-Liu Ying mengambil masa 45 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-19, 22-20 ke atas beregu China, Zheng Siwei-Li Yinhui di Pusat Kejohanan North Shore, Auckland.

Mereka yang menduduki ranking ke-13 dunia berada di landasan terbaik untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio Ogos depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2016 @ 3:41 PM