PENJAGA gol Harimau Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat (kanan) menangkap kemas bola.
PENJAGA gol Harimau Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat (kanan) menangkap kemas bola.
Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Jurulatih Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee tetap percaya dengan kemampuan barisan serangannya meskipun hanya membawa tiga penyerang bersama pasukan ke Jeddah hari ini bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 menentang Arab Saudi pada 24 Mac.

Daripada tiga pemain berkenaan, hanya Amri Yahyah beraksi sebagai penyerang bersama Johor Darul Ta’zim (Johor DT) manakala Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu) dan Baddrol Bakhtiar (Kedah) banyak berfungsi di bahagian sayap dan tengah.

Malah tahap kecergasan Norshahrul pula sedang dinilai selepas baru pulih daripada kecederaan hamstring.

Menurut Kim Swee beliau mengakui kepincangan bahagian serangannya apatah lagi untuk menembusi kubu pasukan pendahulu Kumpulan A, Arab Saudi namun itu tidak bermakna anak buahnya tidak boleh melakukan sesuatu.

“Memang saya hanya mempunyai tiga penyerang dan saya fikir ia sudah cukup untuk kami menghadapi Arab Saudi. Kemungkinan saya hanya menggunakan seorang penyerang bergantung kepada taktikal yang akan saya gunakan nanti.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2016 @ 5:14 AM