SAFEE (kanan) dan Norshahrul antara sandaran Harimau Malaysia harungi saingan Piala AFF Suzuki 2016 di Yangon.
SAFEE (kanan) dan Norshahrul antara sandaran Harimau Malaysia harungi saingan Piala AFF Suzuki 2016 di Yangon.
Aziman Rosdi


Petaling Jaya: Pengendali Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee percaya gandingan lama penyerang berpengalaman Mohd Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha sudah bersedia untuk menggempur pasukan lawan dalam saingan Piala AFF di Yangon, Myanmar bermula 20 November ini.

Selepas dua minggu menjalani latihan pusat, Kim Swee mengakui prestasi dua pemain yang digeruni ketika Malaysia muncul juara pada 2010 kini semakin baik.

“Mereka (Safee dan Norshahrul) bertambah baik seperti saya katakan, daripada awal minggu lalu kita sudah berlatih dan mereka menunjukkan prestasi yang baik daripada kecergasan. Bagi saya, mereka mampu beraksi pada bila-bila masa,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad kebangsaan semalam.

Safee, 32, dari kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) kembali dipanggil menyertai skuad kebangsaan selepas hampir setahun diketepikan manakala pasangan ‘kembarnya’ Norshahrul, 30, (Terengganu) juga jarang beraksi di pentas antarabangsa.

Bagaimanapun, pengendali kebangsaan itu masih meletakkan kepercayaan untuk kedua-dua pemain ini kembali menyinar dengan menyediakan latihan khas kepada mereka.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 November 2016 @ 5:17 AM