Alison (kanan) menunggu menjalani pembedahan otak dan tulang belakang tetapi tidak dipedulikan oleh Mariah. FOTO MIRROR
Alison (kanan) menunggu menjalani pembedahan otak dan tulang belakang tetapi tidak dipedulikan oleh Mariah. FOTO MIRROR
Susunan Oleh Michelle Gun


Abang ratu pop Mariah Carey, Morgan, 51, mendakwa penyanyi itu enggan membantu membayar bil perubatan hospital kakak mereka yang sakit tenat.

Portal The Sun melaporkan Morgan turut mendakwa penyanyi berusia 45 tahun itu memiliki aset bernilai RM2 bilion (£350 juta) namun tidak pernah mempedulikan kakak mereka, Alison.

"Kakak semakin tenat dan dia bertarung dengan nyawanya namun di mana awak?

"Awak fikir diri sendiri hebat sangat tetapi bersikap seperti ahli sihir," katanya.

Alison, 54, dilaporkan menghidap penyakit HIV dan kini menunggu untuk menjalani pembedahan otak serta tulang belakang.

Selain itu, Morgan turut menuduh sikap angkuh Mariah punca keluarga mereka berantakan dan Alison pernah cuba menghubungi penyanyi itu sebelum ini.

"Mariah perlu segera datang melawat kakak. Tahun lalu dia langsung tidak muncul di hospital ketika alat bantuan sokongan pernafasan Alison diberhentikan.

"Ketika itu, saya ingat dia akan meninggal dunia namun keajaiban berlaku dan kesihatan Alison semakin beransur pulih selepas itu.

"Kini Alison menunggu masa untuk menjalani pembedahan otak dan tulang belakang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Mac 2016 @ 7:16 PM