ANTARA baranga yang dirampas. FOTO Siraj Mohd Zaini
ANTARA baranga yang dirampas. FOTO Siraj Mohd Zaini
Siraj Mohd Zaini


Shah Alam: Polis Selangor menahan 12 suspek dipercayai terbabit dengan kes curi treler di Meru, Klang, pada 2 Mac hingga 10 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, semua suspek berusia 24 hingga 52 tahun itu ditahan di Kuang, Sri Damansara, Sungai Buloh dan Rawang oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan kerjasama polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Menurutnya, komponen dan muatan treler terbabit terbabit sudah dileraikan dan dijual kepada kedai lusuh di Rawang serta pihak ketiga.

"Treler terbabit membawa muatan makanan, televisyen, serta barangan kosmetik dari Bangi pada 31 Januari lalu untuk dibawa ke pusat beli-belah di Klang.

"Kenderaan itu dicuri pada 4 pagi di hadapan pusat beli-belah berkenaan namun pemandu dan kelindannya berada dalam keadaan selamat," katanya pada sidang media, hari ini.

Katanya, semua yang ditahan termasuk ahli sindiket dan juga pembeli barangan curi berkenaan.

Beliau berkata, kerugian dianggarkan bernilai RM160,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 392 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2016 @ 2:18 PM