RAKAMAN suspek dipercayai terbabit dalam kes mencuri motosikal di pusat membeli-belah di Puchong.
RAKAMAN suspek dipercayai terbabit dalam kes mencuri motosikal di pusat membeli-belah di Puchong.
Oleh Siraj Mohd Zaini

Serdang: Kumpulan penjenayah curi motosikal profesional dikenali sebagai ‘Geng Angah Kubang Palas’ tumpas selepas salah seorang ahli kumpulan itu membocorkan rahsia kegiatan kepada polis.

Difahamkan suspek mendedahkan kejadian itu kepada polis selepas dikatakan tertipu dan gagal memperoleh bahagian keuntungan hasil jualan motosikal dicuri daripada dua lagi rakannya.

Sumber berkata, jenayah terancang curi motosikal membabitkan tiga pemuda tempatan itu dikesan kerap dilakukan di pusat beli-belah sekitar Dengkil, Puchong dan Putrajaya di sini.

Menurutnya, suspek turut dikesan mencuri motosikal di sebuah pusat beli-belah baru dibuka di Putrajaya awal bulan ini sebelum kegiatan mereka diintip polis bantuan yang bertugas di premis itu.

“Hasil maklumat dan risikan disalurkan anggota polis bantuan, sepasukan polis Bahagian Risikan, Operasi dan Rekod (D4) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bertindak menyerbu sebuah rumah di Pinggiran Putra, Sri Kembangan di sini, malam kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2015 @ 7:41 AM