Reuters

London: Zlatan Ibrahimovic (gambar) menjaringkan gol kemenangan ketika Paris St Germain menundukkan Chelsea 2-1 sekali gus menyingkirkan mereka daripada Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut di Stamford Bridge, awal pagi semalam.

Kejayaan PSG selepas menang 2-1 pada aksi pertama di Paris membantu anak buah Laurent Blanc ke suku akhir bagi musim keempat berturut-turut dengan kemaraan 4-2 secara agregat.

Permainan mantap dengan hantaran menakjubkan membantu mereka mengungguli juara Inggeris itu dan mengesahkan pendahulu Ligue 1 itu sebagai salah satu pasukan pilihan memenangi pertandingan utama kelab Eropah itu musim ini.

PSG mendahului pada minit ke-16 apabila Angel Di Maria menemui Ibrahimovic, yang dibuang padang ketika kedua-dua pasukan bertemu pada peringkat sama musim lalu, jauh di sayap kanan.

Hantaran silang penyerang Sweden berusia 34 tahun itu melepasi benteng pertahanan dan memudahkan buat Adrian Rabiot menampan masuk mengatasi penjaga gol Blues Thibaut Courtois.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2016 @ 7:54 AM