GERHANA matahari separa memberi peluang kepada penuntut menggunakan peralatan cerapan. FOTO ihsan USIM
GERHANA matahari separa memberi peluang kepada penuntut menggunakan peralatan cerapan. FOTO ihsan USIM
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Nilai: Lima ratus penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan solat sunat gerhana matahari di Dataran Iqra, Bangunan Canselori USIM, di sini, 8 pagi tadi.

Naib Canselornya, Profesor Dr Musa Ahmad berkata, ia anjuran Kelab Astrofiqh Fakulti Syariah dan Undang-Undang serta Pusat Islam USIM.

Katanya, 500 pelajar terlebih dulu mengadakan solat gerhana berjemaah disusuli khutbah selain aktiviti cerapan dilakukan.

Menurutnya, turut diadakan tayangan video mengenai keunikan gerhana matahari di Bilik Galeri, Bangunan Canselori.

"Kejadian gerhana matahari memberi peluang kepada pelajar menggunakan peralatan cerapan seperti teleskop yang sebelum ini digunakan pelajar jurusan Syariah Dan Undang-Undang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2016 @ 2:54 PM