LEBIH 2,000 orang hadir di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.
LEBIH 2,000 orang hadir di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.

Shah Alam: Lebih 2,000 umat Islam hadir di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) di sini, semalam untuk menunaikan solat sunat gerhana matahari, semalam.

Solat sunat yang bermula jam 8.30 pagi itu diimamkan Imam Besar MSSAAS Muhammad Farhan Wijaya manakala khutbah khas disampaikan Timbalan Mufti Selangor Dr Anhar Opir selama 15 minit.

Selepas solat dan khutbah itu, orang ramai mengambil kesempatan melihat gerhana matahari menggunakan teleskop disediakan.

Pelajar Akademi Latihan Tahfiz Ar-Rasyad, Seksyen 8 dekat sini, Ayishah Nurnajihah Mohd Said, 14, berkata, dia teruja kerana pertama kali melihat fenomena gerhana matahari.

“Namun, pada masa sama saya juga takut jika gerhana matahari kali ini sebagai tanda berlaku kiamat,” katanya ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia bersyukur kerana dapat bersama jemaah lain menunaikan solat sunat gerhana matahari.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mac 2016 @ 6:57 AM