KAKITANGAN JUPEM Negeri Kelantan dan Persatuan Ostronomi (Falak) Amatur Malaysia menggunakan alat teleskop serta mempamerkan kejadian gerhana melalui skrin televisyen. FOTO Syamsi Suhaimi
KAKITANGAN JUPEM Negeri Kelantan dan Persatuan Ostronomi (Falak) Amatur Malaysia menggunakan alat teleskop serta mempamerkan kejadian gerhana melalui skrin televisyen. FOTO Syamsi Suhaimi
PELAJAR melakukan solat hajat gerhana matahari ketika berlakunya kejadian itu. FOTO Syamsi Suhaimi
PELAJAR melakukan solat hajat gerhana matahari ketika berlakunya kejadian itu. FOTO Syamsi Suhaimi
PELAJAR dan orang ramai tidak melepaskan peluang melihat gerhana separa melalui alat teleskop yang disediakan. FOTO Syamsi Suhaimi
PELAJAR dan orang ramai tidak melepaskan peluang melihat gerhana separa melalui alat teleskop yang disediakan. FOTO Syamsi Suhaimi
Nor Amalina Alias


Bachok: Pantai Irama, di sini dipenuhi kira-kira 200 pelajar dan penduduk tempatan yang mahu menyaksikan fenomena gerhana matahari separa.

Mereka mula berkumpul seawal 7 pagi bagi menunggu giliran menyaksikan kebesaran Allah SWT itu mulai 7.24 pagi hingga 9.25 pagi.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia Cawangan Pantai Timur, Mohd Fadzli Hashim berkata, waktu kemuncak untuk gerhana matahari separa itu adalah pada 8.26 pagi dengan peratusan 68 peratus matahari ditutupi bulan.

"Peratusan matahari ditutupi bulan bergantung pada lokasi dan di sini kita jangka fenomena berlangsung selama dua jam dan dilihat menggunakan kaca mata khas dinamakan Eclispe Shades," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Pengunjung berpeluang melihat gerhana matahari separa menggunakan empat teleskop khas untuk cerapan iaitu Theodolite yang disediakan.

Program itu dijayakan dengan kerjasama Persatuan Astronomi (Falak) Amatur Malaysia dan Majlis Daerah Bachok dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2016 @ 12:11 PM