Bertukarlah ke pencetak Epson EcoTank dengan Teknologi Bebas Haba (Heat-Free Technology) inovasi lebih mesra alam. - FOTO Epson
Bertukarlah ke pencetak Epson EcoTank dengan Teknologi Bebas Haba (Heat-Free Technology) inovasi lebih mesra alam. - FOTO Epson
Nur Amirah Abd Rani

PENGGUNAAN pencetak boleh meningkatkan pencemaran alam sekitar melalui penyebaran debu halus (pencetak laser) serta pembebasan haba yang boleh menipiskan lapisan ozon. 

Bagi pengguna, amat penting untuk memastikan pencetak dapat memenuhi keperluan pengguna dan mampu mengurangkan kesan sampingan kepada alam sekitar. 

Oleh itu, pengguna tidak perlu risau untuk memilih pelbagai jenama di pasaran bagi mengurangkan kesan pencemaran kerana mesin pencetak Epson EcoTank dicipta khas dengan inovasi Teknologi Bebas Haba (Heat-Free Technology) yang berkonsepkan mesra alam. 

Pengguna tidak perlu membuang masa ketika menggunakannya kerana pencetak Epson EcoTank mampu mencetak secara segera tanpa menggunakan haba dalam proses pengeluaran dakwat.

Ini kerana, rangkaian pencetak Epson EcoTank menggunakan tenaga rendah iaitu teknik tekanan pada elemen Piezo membolehkan cetakan tanpa perlu pemanasan elemen 'fuser' seperti mesin cetak laser lain. 

Kaedah mengisi dakwat bagi mesin pencetak biasa amat rumit dan mudah mengotorkan jari kerana kesukaran ketika hendak menanggalkan dakwat mesin tersebut. 

Namun, insiden jari kotor ini tidak akan berlaku dengan Epson EcoTank kerana blok simpanan dakwat diletakkan di bahagian luar mempunyai penutup mudah buka.

Selain itu, proses mengisi dakwat juga amat ringkas kerana botol dakwat dilengkapi dengan injap buka tutup dan tidak akan mengotorkan jari pengguna serta mesin. 

ImagePencetak Epson EcoTank dilengkapi dengan reka bentuk unik tangki dakwat menghadap ke hadapan memudahkan proses pengisian semula dakwat tanpa risiko tumpahan.

Blok dakwat Epson EcoTank membolehkan pengguna untuk melihat paras dakwat ketika penutup penyimpanan dakwat dibuka dan pengisian semula boleh dilakukan apabila dakwat berada di paras rendah.

Pengguna dapat menikmati proses cetakan yang efisien dan berkelajuan tinggi melalui kaedah cetakan inkjet tiga peringkat sahaja berbanding mesin cetak laser dengan lapan peringkat sebelum mencetak. 

Selain itu, ciri yang ditawarkan dalam pencetak Epson EcoTank membolehkan pengguna menikmati produktiviti dan konsistensi yang lebih tinggi di samping menjamin kos cetak lebih rendah kerana kebolehupayaan mencetak dokumen berketumpatan tinggi.

Pencetak EcoTank ini dicipta secara khas berdasarkan teknologi memfokuskan untuk mempromosi kemampanan persekitaran melalui konsep mesra alam yang mengurangkan penggunaan kos elektrik. 

Satu lagi inovasi ialah pengurangan keperluan penyelenggaraan kerana pencetak Epson EcoTank tidak memerlukan penukaran banyak bahagian gantian dan menggunapakai kepala cetak yang tahan lebih lama. 

Pengurangan alat gantian dapat mengurangkan kadar gangguan dan masa henti sepanjang proses cetakan, menjimatkan kos bagi tenaga kerja serta menjamin keberkesanan penggunaan sumber. 

Mesin Pencetak Epson EcoTank sesuai digunakan di pejabat dan juga kediaman berikutan tidak memerlukan ruang kerja luas serta boleh mengurangkan kesan sampingan terhadap alam sekitar. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pencetak Epson EcoTank, layari www.epson.com.my/becool.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mac 2021 @ 12:04 PM