ANTARA pelajar yang hadir menerima keputusan rasmi peperiksaan SPM 2015 sekolah Melaka anjuran Jabatan Pendidikan Melaka yang disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan negeri, Abu Bakar Sahari di Dewan Bestari, Bukit Baru. FOTO Rasul Azli Samad

Nor Shafinaz Sari

Melaka: Seramai 280 pelajar daripada 12,204 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi gred A dalam semua mata pelajaran tahun ini.

Pengarah Pendidikan Negeri, Abu Bakar Sahari berkata, jumlah pelajar yang meraih A dalam semua mata pelajaran menurun kira-kira 63 orang berbanding 343 pelajar pada SPM 2014.

Beliau berkata, sehubungan itu Gred Purata Negeri (GPN) diperolehi adalah 5.25 berbanding 5.17 pada 2014.

"Seramai 12,371 calon SPM sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mendaftar dan hanya 12,204 untuk menduduki peperiksaan itu pada 2015.

"Daripada jumlah itu, kira-kira 85.7 peratus pelajar lulus dan berjaya mendapatkan sijil berbanding 2014 kira-kira 86.3 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Jabatan Pendidikan Negeri, Bukit Baru, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 4:26 PM