LAPAN pelajar yang memperolehi gred Cemerlang Tertinggi (A+ bagi semua cemerlang dalam keputusan SPM 2015 di Majlis Pengumuman Keputusan SPM di Jabatan Pendidikan Negeri. FOTO Rozainah Zakaria
LAPAN pelajar yang memperolehi gred Cemerlang Tertinggi (A+ bagi semua cemerlang dalam keputusan SPM 2015 di Majlis Pengumuman Keputusan SPM di Jabatan Pendidikan Negeri. FOTO Rozainah Zakaria
Nazdy Harun


Kuala Terengganu: Seramai 348 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di Terengganu peroleh keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran berbanding 360 calon pada tahun sebelumnya.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, walaupun jumlah pelajar itu menurun tetapi peratusannya meningkat iaitu 1.83 peratus berbanding 1.81 peratus 2014.

Menurutnya, secara keseluruhannya Gred Purata Negeri untuk SPM 2015 menurun kepada 5.06 berbanding 5.00 tahun 2014.

Katanya, penurunan sebanyak 0.06 peratus itu masih mengatasi Gred Purata Nasional iaitu 5.15.

"Seramai tujuh calon SPM iaitu 0.04 peratus berjaya peroleh gred cemerlang tertinggi A+," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 10:58 AM