Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Seramai 9,721 calon memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 iaitu menurun berbanding 11,289 calon pada tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, keputusan SPM 2015 menggambarkan turun naik dalam prestasi pelajar namun, ia bukan perubahan ketara.

Beliau berkata, indeks Gred Purata Nasional (GPN) bagi SPM 2015 adalah 5.15 berbanding 5.08 berbanding tahun 2014 iaitu menurun sebanyak 0.07.

"Bagaimanapun, jurang pencapaian calon di bandar dan di luar bandar mengecil sebanyak 0.05 iaitu 0.50 pada tahun 2015 berbanding 0.55 pada tahun 2014," katanya pada sidang media pengumuman Keputusan SPM 2015 di sini sebentar tadi.

Katanya, berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 2015, 38 daripada 73 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 34 mata pelajaran menurun manakala, satu mata pelajaran mengekalkan prestasi berbanding tahun 2014.

Seramai 440,682 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2015 menurun sebanyak 3.33 peratus (15,157) pada tahun 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 10:24 AM
KETUA Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof (tengah) bersama Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Datin Nawal Salleh (kanan) dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan), Datuk Seri Kharil Awang melihat analisis keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah