ANTARA gelagat sebahagian pelajar lepasan SPM pada majlis pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia di SMK Bukit Rangin. FOTO Farizul Hafiz Awang
ANTARA gelagat sebahagian pelajar lepasan SPM pada majlis pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia di SMK Bukit Rangin. FOTO Farizul Hafiz Awang
Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz


Kuantan: Seramai 306 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang diambil berbanding 341 calon pada 2014.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Rosdi Ismail berkata, jumlah Gred Purata Negeri (GPN) juga menunjukkan penurunan kepada 4.94 berbanding 4.87 pada 2014.

"Pahang mencatatkan jumlah keseluruhan calon sebanyak 19,741 pada 2015 dan jumlah itu menunjukkan penurunan daripada 20,856 pada 2014.

"Dari segi pencapaian sekolah, sebanyak 11 sekolah dikategorikan sebagai cemerlang dengan memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) di bawah 3.00 mata," katanya dalam sidang media, di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin, di sini, pagi tadi.

Rosdi berkata, seramai empat pelajar memperoleh Gred Purata Indidvidu 0.00 (penuh) manakala sembilan pelajar Orang Asli memperoleh keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 5A.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 1:19 PM