PENGARAH Pendidikan Johor, Aminudin Adam (tengah) bersama Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPNJ, Shahrudin Sharif (kanan) dan Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPNJ, Md Buang Saibani menunjukkan pencapaian keputusan SPM 2015 dan STPM yang diumumkan ketika sidang media di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. FOTO Hairul Anuar Rahim

Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru: Seramai 1,099 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di Johor memperoleh keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran berbanding 1,204 calon pada tahun lalu.

Pengarah Pendidikan Negeri Johor Aminudin Adam berkata, indeks Gred Purata Nasional (GPN) Johor sebanyak 5.06 mata berbanding 5.00 mata tahun lalu.

Katanya, indeks GPN Johor mengatasi pencapaian GPN kebangsaan sejak 2011.

"Daripada 1,099 calon yang mendapat A, 27 daripadanya mendapat semua A+ bagi semua mata pelajaran diduduki berbanding 54 calon pada 2014.

"Sebahagian besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang ini terdiri daripada kumpulan calon yang menduduki sembilan mata pelajaran 43.77 peratus), 10 (39.49 peratus) dan 11 (16.11 peratus) daripada jumlah calon cemerlang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2015 di Jabatan Pendidikan Negeri Johor di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 10:54 AM