Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Muar : Pencapaian keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 di negeri ini menurun sebanyak 0.13 mata dengan mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) 5.00 berbanding 4.87 mata pada 2013.

Pengarah Pendidikan Negeri Johor Aminudin Adam berkata, GPN berkenaan masih lagi mengatasi Gred Purata Nasional iaitu 5.07.

Menurutnya, mata atau nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon lebih baik.

"Seramai 1,204 calon berjaya memperoleh semua gred A bagi semua mata pelajaran diduduki berbanding 1,582 calon berbanding 2013.

"Daripada jumlah terbabit seramai 54 calon mendapat semua A+ bagi mata pelajaran yang diduduki berbanding 64 calon pada tahun lalu," katanya pada Majlis Pengumuman dan sidang media di Pejabat Pelajaran Muar, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2015 @ 11:17 AM