MAHDZIR (empat kanan) beramah mesra bersama guru-guru terpilih sambil diperhatikan Naib Canselor UNITEN, Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha (tiga kanan) pada majlis pelancaran dan penyerahan sijil watikah.  FOTO Surianie Mohd Hanif
MAHDZIR (empat kanan) beramah mesra bersama guru-guru terpilih sambil diperhatikan Naib Canselor UNITEN, Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha (tiga kanan) pada majlis pelancaran dan penyerahan sijil watikah. FOTO Surianie Mohd Hanif
Mohd Nasif Badruddin


Kuala Lumpur: Penuntut dan pendidik perlu meneroka pasaran global kerana ia kini tidak cukup sekadar menjalin hubungan dengan pemain industri di peringkat tempatan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia keperluan penting untuk berhubung dengan pihak industri dalam dunia yang semakin mencabar.

Katanya, persaingan pasaran dan kehendak dunia baharu sekarang memerlukan masyarakat yang berfikiran kritikal, serba boleh dan dapat mengadaptasi perkembangan semasa.

"Saya yakin aspirasi nasional ini boleh dicapai kerana matlamat itu sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

"Menyedari hal ini, Kementerian Pendidikan akan memulakan misi merombak sistem pendidikan dengan mengambil kira peningkatan standard pendidikan antarabangsa dan diperbaharui dengan aspirasi negara," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan serta melancarkan SHINE@UNITEN anjuran Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 9:42 PM