HALIM menyerahkan tongkat kuasa kepada Shahrum (kanan) pada majlis serah terima tugas. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
HALIM menyerahkan tongkat kuasa kepada Shahrum (kanan) pada majlis serah terima tugas. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Noor Hidayah Tanzizi


Lumut: Bekas Pegawai Memerintah Kapal Diraja (KD) Kasturi, Kapten Sharum Shaim dilantik sebagai sebagai Pegawai Memerintah KD Pelandok di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, di sini, berkuatkuasa hari ini.

Sharum,52,mengantikan Kapten Abd Halim Shaari yang bertukar ke Markas Pemerintahan Armada Pangkalan TLDM Lumut, di sini.

Ketika mengemudi KD Kasturi, Sharum bersama anak kapal berkenaan pernah terbabit dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pesawat Air Asia Indonesia, QZ8501, di laut Selat Karimata, Januari tahun lalu.

Dalam misi itu juga, KD Kasturi menemui dan menaikkan lima jasad ditemui terapung di laut berkenaan yang juga menjadi bilangan jasad terbanyak ditemui oleh kapal TLDM yang menyertai operasi itu.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Dewan Peperiksaan Fakulti Kejuruteraan KD Pelandok pagi tadi dengan disaksikan Panglima Pendidikan dan Latihan Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM (MPPL TLDM), Laksamana Muda Datuk Mior Rosdi Mior Mohd Jaafar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2016 @ 3:12 PM