Suasana di Majlis Pelucutan Tauliah Kapal Tunda Diraja Kepah di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar, hari ini FOTO MALAI ROSMAH TUAH
Suasana di Majlis Pelucutan Tauliah Kapal Tunda Diraja Kepah di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar, hari ini FOTO MALAI ROSMAH TUAH
Ardyhansah Amat


Kota Kinabalu: Markas Wilayah Laut 2 di Sepanggar bakal dijadikan Markas Pemerintahan Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kedua menjelang April tahun depan.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, ia akan menjadi markas pemerintahan armada kedua selepas Pangkalan TLDM Lumut, Perak dalam usaha meningkatkan kawalan keselamatan di Timur Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak.

"Melalui penstrukturan semula TLDM ini, kami akan mewujudkan satu pemerintahan armada timur yang baharu.

"Dalam masa sama, TLDM juga merancang mewujudkan Markas Wilayah Laut 4 di Bintulu," katanya kepada media selepas menghadiri Upacara Pelucutan Tauliah Kapal Tunda Diraja Kepah, di MWL 2 Sepanggar, di sini, hari ini.

Beliau percaya melalui pangkalan TLDM di Bintulu mampu memberi impak besar kepada Sarawak berhubung aspek keselamatan di Perairan Laut China Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2016 @ 12:05 PM