AHMAD Kamarulzaman (tengah) bergambar bersama pasukan PTKK.
AHMAD Kamarulzaman (tengah) bergambar bersama pasukan PTKK.
Oleh Noor Hidayah Tanzizi

Lumut: Pasukan Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu (PTKK) muncul juara keseluruhan Kejohanan Bola Sepak Liga Piala Zain edisi ke-32 di Stadium Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut baru-baru ini.

Kejohanan itu anjuran bersama Markas Pemerintahan Bantuan dan Persatuan Bola Sepak TLDM (PB TLDM) sempena sambutan Hari TLDM ke-81 sejak 1984.

Sebanyak 16 pasukan mewakili Markas Pemerintahan menyertai kejohanan itu menyaksikan Kapal Diraja (KD) Panglima Hitam dan PTKK berentap bagi merebut kejuaraan edisi kali ini.

Pembantu Pegawai Perhubungan Awam Markas Pangkalan TLDM Lumut Leftenan Madya Mohd Azanshah Kamaldin berkata, PTKK dan KD Panglima Hitam beraksi cemerlang pada final hingga terikat 1-1 sebelum PTKK dinobat juara selepas penentuan sepakan penalti 4-3.

Hadir sama menyaksi perlawanan, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badarrudin, Komander Pangkalan Lumut Laksamana Ismail Abdullah selaku penaung PB TLDM dan panglima serta warga TLDM.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mei 2015 @ 8:31 AM