Oleh Muhd Izawan Baharin dan Ainul Fatihah Mansor

Kuala Lumpur: Keghairahan orang ramai yang berkongsi paparan gambar menerusi media sosial sebenarnya membuka peluang kepada pihak tertentu terutama penggodam untuk mencuri data menerusi perisian malware sebelum ‘dijual’ di pasaran gelap.

Malware bertindak sebagai ‘ejen’ menyusup ke dalam program gajet seperti telefon bimbit, tab dan komputer sebelum membolehkan penggodam memanipulasi semua aplikasi atau perisian untuk mencuri data peribadi individu.

Difahamkan, tahun ini kegiatan itu dipercayai semakin meningkat berikutan ‘nilai’ data peribadi cukup tinggi dalam kalangan pembeli atau pembida.

Mendedahkan perkara ini, Pakar Perunding Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Mohd Nizam Mohd Salleh berkata, jika dulu penggodam menggunakan virus untuk merosakkan data sebaliknya kini mereka menggunakan malware sebagai ejen mencuri data.

Beliau berkata, malware boleh berselindung di sebalik paparan gambar, audio dan aplikasi tertentu, tetapi malangnya sikap sambil lewa pengguna menyebabkan mereka tidak menyedari maklumat peribadi dicuri di depan mata.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Februari 2016 @ 5:21 AM