MODUS operandi penggodam tidak hanya menceroboh data pengguna secara langsung sebaliknya kini menggunakan aplikasi.
MODUS operandi penggodam tidak hanya menceroboh data pengguna secara langsung sebaliknya kini menggunakan aplikasi.
Muhammad Saufi Hassan


MODUS operandi penggodam pada hari ini sudah semakin kompleks kerana mereka tidak hanya memberi fokus untuk menceroboh data pengguna secara langsung semata-mata sebaliknya kini menggunakan aplikasi.

Aplikasi berkenaan direka bersama perisian hasad atau 'malware' yang sedia terbina dalam aplikasi itu dengan arahan tertentu.

Contohnya, perisian hasad berkenaan direka untuk merekodkan sebarang perbuatan, kekunci input pengguna atau apa saja dan menghantarnya kepada pencipta perisian berkenaan.

Hasilnya, penggodam terbabit menerima setiap kekunci input pengguna dan daripada maklumat berkenaan, ia akan diproses bagi menentukan sama ada input berkenaan mempunyai kemungkinan kata laluan atau sebagainya.

Modus operandi terbabit menjadikan gedung aplikasi sebagai sasaran yang 'kaya' dengan mangsa jika mereka tidak berhati-hati dalam memuat turun aplikasi.

Sepanjang tahun lalu, gedung aplikasi, App Store menghentikan lebih daripada RM8 bilion transaksi penipuan dan menolak hampir 1.7 juta penyerahan aplikasi kerana tidak memenuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan.

App Store iaitu gedung aplikasi milik Apple menghentikan transaksi meragukan, sekali gus menjadikan persekitaran muat turun aplikasi untuk pengguna lebih baik dan selamat.

Ia sesuai dengan objektifnya iaitu mewujudkan platform yang boleh dipercayai serta selamat untuk pengguna dan memuat turun aplikasi dengan selamat dan menyediakan peluang menarik untuk mempamerkan idea.

Selama bertahun-tahun, Apple memperkenalkan pelbagai langkah untuk menyokong ekosistem yang memberi manfaat kepada pengguna dan pembangun.

MODUS operandi penggodam menjadikan gedung aplikasi sebagai sasaran yang ‘kaya’ dengan mangsa.
MODUS operandi penggodam menjadikan gedung aplikasi sebagai sasaran yang ‘kaya’ dengan mangsa.

Hasilnya, App Store menjadi platform yang bertenaga dan inovatif dengan menarik lebih 650 juta purata pelawat mingguan di seluruh dunia serta menyediakan lebih daripada 36 juta pembangun Apple berdaftar dengan platform pengedaran global yang menyokong lebih daripada 195 kaedah pembayaran tempatan dan 44 mata wang.

Syarikat teknologi gergasi itu juga mengumumkan bahawa pada tahun lalu, App Store menghalang lebih RM8 bilion dalam urus niaga yang berpotensi penipuan dan menolak hampir 1.7 juta penyerahan aplikasi kerana gagal memenuhi piawaian tinggi App Store untuk privasi, keselamatan dan kandungan.

Pada tahun lalu juga, Apple menghapuskan 428,000 akaun pembangun dan 282 juta akaun pelanggan kerana penipuan dan penyalahgunaan.

PERISIAN hasad direka untuk merekodkan sebarang perbuatan, kekunci input pengguna atau apa saja dan menghantar kepada pencipta perisian berkenaan.
PERISIAN hasad direka untuk merekodkan sebarang perbuatan, kekunci input pengguna atau apa saja dan menghantar kepada pencipta perisian berkenaan.

Selama bertahun-tahun, Apple menambah baik sistemnya untuk terus memantau dan mengesan penipuan akaun dengan cepat.

Pada tahun 2021, Apple menamatkan lebih 802,000 akaun pembangun kerana aktiviti yang berpotensi penipuan.

Tahun lalu, jumlah itu merosot kepada 428,000 dan ia membuktikan tahap komitmen syarikat berkenaan dalam menawarkan gedung aplikasi yang boleh dipercayai serta selamat untuk pengguna.

APLIKASI digunakan penggodam direka bersama perisian hasad atau ‘malware’ yang sedia terbina dengan arahan tertentu.
APLIKASI digunakan penggodam direka bersama perisian hasad atau ‘malware’ yang sedia terbina dengan arahan tertentu.

Selain itu, hampir 105 juta pendaftaran Program Pembangun Apple ditolak kerana disyaki aktiviti penipuan.

Apple melindungi pengguna daripada hampir 57,000 aplikasi yang tidak boleh dipercayai daripada entiti yang tidak sah serta tidak menepati aspek perlindungan privasi dan keselamatan terbina yang sama seperti App Store.

Dalam tempoh sebulan lalu, Apple menyekat hampir 3.9 juta percubaan untuk memasang atau melancarkan aplikasi yang diedarkan secara haram melalui 'Developer Enterprise Programme' yang membolehkan organisasi besar menggunakan aplikasi dalaman untuk digunakan pekerja.

SEPANJANG tahun lalu App Store menghentikan lebih daripada RM8 bilion transaksi penipuan dan menolak hampir 1.7 juta penyerahan aplikasi.
SEPANJANG tahun lalu App Store menghentikan lebih daripada RM8 bilion transaksi penipuan dan menolak hampir 1.7 juta penyerahan aplikasi.

Langkah proaktif daripada Apple berkenaan menjadikan platform gedung aplikasi miliknya lebih selamat dan dipercayai dalam kalangan pengguna berbanding gedung aplikasi lain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mei 2023 @ 6:20 AM