Oleh Rudy Imran Shamsudin


Hampir lima tahun menceburi dunia seni, banyak perubahan berlaku pada diri Jihan Muse, 32, sama dari dari sudut kerjaya mahupun personaliti.

Jihan atau Nur Jihan Musa bermula sebagai pelakon di pentas teater kemudian menyertai program realiti Raja Lawak hingga lebih dikenali sebagai pelawak dan kini pengacara popular.

Waktu sama, penampilannya sering menjadi perhatian seperti mana yang sering diusik teman sekerjanya sewaktu mengendalikan program popular, Gegar Vaganza, Nabil Ahmad, Jihan sekarang nampak lebih cantik dan bergaya setiap kali muncul di TV.

Sememangnya kalau diimbas, Jihan dulu memang jauh berbeza dengan sekarang. Begitupun apabila membicarakan perubahan dalam hidup naib juara Raja Lawak musim ketiga ini sebagai selebriti, ada isu tidak sedap didengar membabitkan keperibadiannya.

Ada dalam kalangan teman keliling industri mengadu yang Jihan tidak lagi mesra seperti dulu. Kalau bertemu dia hanya melambai tangan dan bergegas pergi. Sikapnya itu membuatkan mereka berkecil hati.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Februari 2016 @ 5:14 AM