SYARUL akui tidak dapat elak dikaitkan kontroversi dan hadapi seadanya.
SYARUL akui tidak dapat elak dikaitkan kontroversi dan hadapi seadanya.
Oleh Ramlah Zainal


Bakatnya mula digilap menerusi drama bersiri Romi Cinta Julia bergandingan dengan Aisya Hasnaa yang bersiaran di Slot Lestary TV3, dua tahun lalu. Sejak itu ramai mula membuka mata dengan kemunculan Syarul Ridzwan di persada hiburan tanah air.

Dalam tempoh singkat, pelakon yang menempa nama dalam drama bersiri Hati Perempuan ini turut menjadi buruan ramai produser dan pengarah drama serta teater.

Selepas digandingkan dengan Mia Ahmad menerusi drama terbabit, Syarul kemudian berpasangan dengan Janna Nick dalam drama Kau, Aku Kita yang turut mendapat sambutan ramai.

Meskipun kian popular, pemilik nama sebenar, Mohd Saharul Ridzwan Hashim ini tidak mahu terbuai dengan apa yang ada dalam genggamannya.

“Karier saya bermula dari bawah. Bukan mudah untuk sampai ke tahap sekarang, macam-macam dugaan saya terpaksa hadapi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Februari 2016 @ 5:23 AM