Oleh Nor Akmar Samudin


Meskipun drama episod Romi dan Juli ditayangkan lebih setahun lalu di TV3, ia masih meninggalkan impak buat pelakon utamanya, Aisya Hasnaa Umaruddin, 25, yang diberi peranan Juli bergandingan dengan Syarul Ridzwan sebagai Romi.

Menurut Aisya, pada mulanya pengarah drama itu Ras Kosnan memaklumkan ia adalah cerita komedi romantik, tetapi selepas membaca keseluruhan skrip ia sebenarnya drama cinta yang agak berat.

“Antaranya Juli terbabit dalam satu kemalangan menyebabkan tulang belakangnya cedera hingga dia lumpuh.

“Saya pun terkejut kerana watak itu berat untuk saya yang baru jadi pelakon. Sebelum itu ada juga berlakon dalam drama dan telefilem, tetapi hanya peranan kecil saja. Untuk menghayati watak Juli saya membuat banyak persediaan kerana daripada gadis yang aktif tiba-tiba terpaksa berkerusi roda dengan emosi yang sering terganggu.

“Watak itu sebenarnya lebih daripada kemampuan dan saya perlu mengkajinya dengan mendalam. Saya juga buat kajian dan memberi sepenuh komitmen terhadap peranan itu dan banyak bertanya pengarah serta pelakon lain di lokasi penggambaran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 6:50 AM