JUE tidak letak syarat kepada penerbit dan pengarah jika ditawarkan berlakon.
JUE tidak letak syarat kepada penerbit dan pengarah jika ditawarkan berlakon.
Ramlah Zainal


Bakatnya mula digilap menerusi program realiti TV, Malaysia’s Most Beautiful anjuran 8TV pada 2006.

Bukan saja bersandarkan paras rupa, model dan pelakon jelita Jue Aziz, 33, juga berbakat besar dalam bidang lakonan.

Antara lakonannya yang memberi impak kepada penonton di kaca TV ialah drama bersiri Dua Hati, Janji Kasih, Impak Maksima The Series, Lagenda Budak Setan dan Manjalara.

Namun, bakat lakonannya juga seiring dengan pelbagai gosip dan kontroversi sepanjang lebih sedekad berkecimpung dalam bidang hiburan tanah air.

Bagaimanapun, selepas berumah tangga dan berhijab, Jue seolah-olah menyepikan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 November 2016 @ 5:02 AM