Pengunjung merasai berada di dalam salah sebuah pesawat yang dipamerkan pada Ulang Tahun Muzium TUDM ke-30.
Pengunjung merasai berada di dalam salah sebuah pesawat yang dipamerkan pada Ulang Tahun Muzium TUDM ke-30.
Mohd Amirul Helmi Md Ayob, 24,  bersama Nurul Amlaiah Asparudin, 22,  bergambar di hadapan pesawat Rajawali.
Mohd Amirul Helmi Md Ayob, 24, bersama Nurul Amlaiah Asparudin, 22, bergambar di hadapan pesawat Rajawali.
Oleh Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Pernah berjasa besar menyelamatkan nyawa pasukan keselamatan negara yang putus bekalan makanan ketika menghadapi perang konfrontasi tentera Indonesia di Labis, Johor dan sempadan Sabah Sarawak sekitar 1963.

Itu antara lakaran sejarah pesawat ‘antik’ Rajawali atau ‘Twin Pioneer’ buatan Syarikat Scottish Aviation, Prestwick Scotland yang menjadi antara aset awal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang masih disimpan baik hingga kini.

Selain itu, pesawat yang menjadi kebanggaan negara pada zaman itu turut pernah digunakan untuk menggugurkan risalah kepada pihak komunis mengarahkan mereka menyerah diri ketika era peperangan menentang komunis.

Pesawat pengangkut berkapasiti 16 tempat duduk versi tentera ini diperkenalkan pada Ogos 1957 dan 29 pesawat jenis ini tiba di Malaysia pada 17 April 1958.

Majlis penerimaan kapal ini dilangsungkan di kota London semasa majlis penyerahan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu oleh kerajaan Inggeris yang turut dihadiri Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2016 @ 7:16 AM