ANGGOTA JPAM negeri dan kakitangan MPAG membantu membersihkan kawasan persekitaran rumah penduduk di Kampung Bukit Balai, Durian Tunggal. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
ANGGOTA JPAM negeri dan kakitangan MPAG membantu membersihkan kawasan persekitaran rumah penduduk di Kampung Bukit Balai, Durian Tunggal. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Banjir di negeri ini semakin pulih apabila hanya satu pusat pemindahan mangsa masih beroperasi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JPBN), Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, setakat 4 petang tadi hanya 111 mangsa daripada 27 keluarga berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Alor Gajah.

"Pusat pemindahan di Balai Raya Bukit Balai ditutup pada 2.45 petang kerana kawasan rumah mangsa masih belum dapat didiami," katanya.

Dalam pada itu, di beberapa kawasan termasuk Kampung Bukit Balai, penduduk sibuk membersihkan rumah masing-masing dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2016 @ 5:21 PM