PEMBERSIHAN Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
PEMBERSIHAN Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Semua pusat pemindahan mangsa banjir di negeri ini ditutup, kira-kira 12 tengah hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JPBN), Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali, berkata pusat pemindahan terakhir di Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam di Alor Gajah ditutup selepas semua 44 mangsa daripada 11 keluarga pulang secara beransur, pada kira-kira 9 pagi.

"Semua mangsa pulang ke rumah masing-masing. Malah, ada yang sudah membersih kediaman,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di SK Belimbing Dalam mendapati, petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang berkemas manakala pekerja kontraktor pembersihan melakukan kerja pembersihan di pusat pemindahan terbabit.

Pusat pemindahan yang beroperasi di SK Belimbing Dalam menempatkan mangsa dari Kampung Belimbing Dalam, Kampung Pulau dan Jalan Keretapi Lama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 1:25 PM