CHEE Kieong (enam dari kanan) dan pelumba pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing meraikan Yee Sang sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.
CHEE Kieong (enam dari kanan) dan pelumba pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing meraikan Yee Sang sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.
Oleh Saiful Affendy Sapran


Shah Alam: Selepas melalui musim tidak menentu tahun lalu, pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing mahu memastikan musim baru ini menjadi detik kebangkitan semula pada saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Pengurus Soong Chee Kieong berkata, bagi musim ini, beliau berharap barisan pelumbanya dapat merangkul kejuaraan keseluruhan sekali gus mengulangi pencapaian tiga tahun lalu yang berjaya dilakukan oleh Azlan Shah Kamaruzaman.

Jelas Chee Kieong, meskipun sasaran itu dilihat cukup tinggi, namun beliau percaya sekiranya barisan pelumbanya beraksi konsisten sepanjang musim ini, tidak mustahil untuk mereka mengulangi kejayaan itu.

Chee Kieong masih mengekalkan tiga pelumba yang beraksi musim lalu iaitu Norizman Ismail, Hafiz Nor Azman serta Elly Idzlianizar Ilias dan masih mencari seorang lagi pelumba.

“Saya dapat rasakan kami mampu menjadi juara pada musim baru ini. Sebab saya rasa barisan pelumba lebih bersemangat dan yakin untuk menang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 5:27 AM