Ahmad Zahid bersama Khaled (tiga dari kiri) dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (tiga dari kanan) menyanyikan lagu UMNO ketika menghadiri Majlis Perjumpaan Khas bersama UMNO Johor di Persada Johor, Johor Bahru. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Ahmad Zahid bersama Khaled (tiga dari kiri) dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (tiga dari kanan) menyanyikan lagu UMNO ketika menghadiri Majlis Perjumpaan Khas bersama UMNO Johor di Persada Johor, Johor Bahru. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim

/hmOleh Mohd Sabran Md Sani

[email protected]

Johor Bahru: UMNO Johor menerima keputusan Peguam Negara berkaitan pelbagai siasatan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan membuat tiga penegasan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sejak beberapa bulan lalu banyak masa, tenaga dan perhatian dicurahkan untuk menjelaskan dan menjernihkan kemelut itu.

"Kita tidak seharusnya terus terbawa-bawa dengan perkara ini. Kita perlukan titik penutup dan perlu segera kembali mara ke hadapan.

"UMNO Johor menegaskan bahawa kita mesti lebih telus dan berwaspada dalam pengurusan dana yang membabitkan parti dan kepentingan awam," katanya.

Sehubungan itu, UMNO Johor amat menyokong usaha kepimpinan negara untuk mengkaji semula sistem pembiayaan pergerakan politik di Malaysia.

"Sudah tiba masanya kita mempunyai sistem meraih dana yang telus dan bertanggungjawab, sesuai dengan kematangan sistem demokrasi kita," katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Perjumpaan Khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama UMNO Johor di Persada Johor, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2016 @ 5:10 PM