Kenderaan TMJ meninggalkan Istana Bukit Serene beberapa minit kemudian. FOTO Mohd Sabran Md Sani
Kenderaan TMJ meninggalkan Istana Bukit Serene beberapa minit kemudian. FOTO Mohd Sabran Md Sani
Kenderaan Muhyiddin meninggalkan Istana Bukit Serene. FOTO Mohd Sabran Md Sani
Kenderaan Muhyiddin meninggalkan Istana Bukit Serene. FOTO Mohd Sabran Md Sani
Oleh Mohd Sabran Md Sani

[email protected].

Johor Bahru: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Bukit Serene, dekat sini, hari ini.

Kenderaan dinaiki Muhyiddin dilihat memasuki perkarangan istana menerusi pintu belakang di Jalan Kolam Ayer dekat sini, kira-kira 3.30 petang ini.

Kenderaan yang dinaiki Muhyiddin dilihat meninggalkan istana pada 4.35 petang tadi selepas sejam mengadakan pertemuan itu.

Tiga kenderaan istana dilihat meninggalkan kawasan berkenaan dengan kenderaan membawa Muhyiddin bersama isterinya, Puan Sri Norainee Abd Rahman, mendahului di hadapan.

Beberapa minit kemudian kenderaan putih berbombor pendaftaran TMJ pula meninggalkan kawasan itu diiringi dua kenderaan pengiring.

Difahamkan hadir sama dalam pertemuan itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kluang di Dewan Pekan Rabu Kluang, kira-kira 10 pagi ini.

Selepas selesai merasmikan bahagian berkenaan, Muhyiddin kemudian bertolak ke Istana Bukit Serene, dekat sini, untuk menghadap Sultan Johor.

Bagaimana tidak diketahui tujuan Muhyiddin menghadap Sultan Johor itu.

Berikutan itu, kumpulan media menunggu di hadapan istana berkenaan untuk mendapatkan perkembangan lanjut mengenai pertemuan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Ogos 2015 @ 6:24 PM