Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) di perkarangan Istana Pasir Pelangi, pagi tadi. - Foto MOHD AZREN JAMALUDIN

Mohd Sabran Md Sani

Johor Bahru: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Pasir Pelangi di sini, pagi ini.

Kenderaan dinaiki Ahmad Zahid dilihat memasuki perkarangan istana kira-kira jam 11 pagi.

Ahmad Zahid berada di Johor untuk menghadiri Majlis Ramah Mesra UMNO Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, pada jam 3 petang hari ini.

Turut sama dalam kenderaan dinaiki Ahmad Zahid ialah Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum kedua-dua pemimpin itu disambut Sultan Ibrahim.

Ahmad Zahid dan Mohamed Khaled dilihat menaiki kenderaan rasmi meninggalkan perkarangan istana sejam kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2016 @ 1:31 PM