Mukhriz tiba di PWTC 3.05 petang tadi. FOTO Shahril Badri Saali
Mukhriz tiba di PWTC 3.05 petang tadi. FOTO Shahril Badri Saali
Oleh Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiba di Menara Dato Onn PWTC 3.05 petang tadi bagi menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Ketibaan beliau disambut dengan laungan 'Hidup Datuk Mukhriz' oleh penyokongnya yang menunggu sejak awal lagi.

Mukhriz dilihat bersalam dengan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Mesyuarat MT hari ini menjadi tumpuan ekoran pergolakan kemelut politik Kedah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pagi tadi menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah dipercayai bagi membincangkan pengganti Mukhriz.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2016 @ 3:39 PM