Hamzah Osman

Langkawi: Ketibaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir disambut kira-kira 300 penyokongnya di Kompleks Lang Merah Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, di sini, hari ini.

Ketibaan beliau pada 5.45 petang disambut dengan laungan `Hidup Mukhriz’ dan `Mukhriz MB Yang Sah’.

Sejurus tiba Mukhriz yang kelihatan tenang juga bersalaman dengan penyokongnya.

Dalam ucapan ringkasnya, Mukhriz berkata, beliau memohon supaya diberi waktu untuk terus menerajui kepimpinan kerajaan negeri Kedah.

"Terima kasih atas sokongan semua pihak dan kita bersabaq (bersabar) lah cara orang kedah.... InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 7:42 PM
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di Padang Matsirat. Najib akan menghadiri majlis anjuran Airasia, pagi esok.