Kuala Lumpur: Satu gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter berlaku di New Ireland, Papua New Guinea, kira-kira 11.10 pagi tadi.
Menurut siaran media dikeluarkan Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa kuat itu berlaku 3,991 kilometer tenggara Semporna, Sabah.
Begitupun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan susulan kejadian.