IMEJ Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
IMEJ Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
BERNAMA

Kuala Lumpur: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 melanda Rantau New Britain, Papua New Guinea (PNG) pada 5.24 pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 61 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 77 km barat daya dari Kimbe, PNG.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2023 @ 8:44 AM