Anak perempuan model terkenal, Cindy Crawford, Kaia Gerber, 13, mengikut jejak langkah ibunya apabila menjadi penghias muka depan majalah Teen

Vogue.

Sesi fotografinya juga sangat mudah dan dia mampu memberikan gaya terbaik dan faham konsep diinginkan. Kaia mempunyai bakat besar sama seperti ibunya. Sebelum ini, Kaia pernah menghiasi majalah Young Versace ketika usianya 10 tahun.

Dalam temubual dengan Teen Vouge, Kaia berkata, ibunya tahu kecenderungannya dalam bidang peragaan dan banyak memberi nasihat bagaimana mahu berdepan dunia peragaan.

"Nasihat dari ibu sudah memadai. Dia sangat terkenal dalam bidang itu dan pasti dia dapat membimbing saya untuk berjaya seperti dia.

"Apabila dia menemani saya menjalani fotografi, ibu tidak dapat menahan diri untuk berdiam saja. Kalau gaya yang saya lakukan kurang sesuai mahu pun kelihatan kekok, ibu orang pertama yang tegur dan meminta saya mengubah posisi tangan, kaki mahupun postur tubuh," katanya.

Bukan hanya Kaia, malah abangnya, Presley, 15, juga ke arah bidang sama. Dalam satu majlis peragaan pakaian, abangnya mengajak Kaia turut sama memperagakan pakaian mereka.

Kaia menggayakan rekaan Roberto Cavalli. Pakaian itu sebenarnya ditempah khas buat Cindy. Gaun itu hanya paras betis Cindy, tetapi labuh apabila Kaia menyarungkannya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 November 2014 @ 5:00 AM