ARYNA (kiri) mengucapkan tahniah kepada Kaia selepas tamat aksi pusingan keempat Terbuka Australia. FOTO EPA
ARYNA (kiri) mengucapkan tahniah kepada Kaia selepas tamat aksi pusingan keempat Terbuka Australia. FOTO EPA
Reuters

Melbourne: Pemain tenis Estonia, Kaia Kanepi bangkit selepas kalah set pertama untuk mengalahkan pemain nombor dua dunia, Aryna Sabalenka 5-7 6-2 7-6(10) untuk mara ke suku akhir Terbuka Australia buat kali pertama.

Selepas sentiasa tumpas di set pertama dalam tiga perlawanan berturut-turut, Aryna kali ini berjaya memenangi set pembukaan itu buat kali pertama di Melbourne namun dia gagal untuk memperbaiki pukulan servisnya.

Kaia berjaya mematahkan servis lawannya pada awal set kedua dan dibantu dengan double fault dua kali berturut-turut Aryna membuka peluang buatnya untuk mendahului 4-0 sebelum memenangi set berkenaan.

Pemain berusia 36 tahun itu berjaya meneruskan momentum di set penentuan namun Aryna menunjukkan kebangkitan sebelum masalah pukulan servisnya kembali menghantui.

Kaia akan berdepan pilihan ketujuh dari Poland, Iga Swiatek, yang menumpaskan Sorana Cirstea 5-7, 6-3, 6-3.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 January 2022 @ 10:06 PM