DIAZ (kanan) masih belum serasi bersama Rangel.
DIAZ (kanan) masih belum serasi bersama Rangel.
Oleh Rizar Mohd Noor


Johor Bahru: Jurulatih Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Mario Gomez mengesan beberapa kelemahan di benteng pertahanan dan akan bertindak segera memperkemaskan posisi itu sebelum aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) berdepan Muangthong United FC pada 2 Februari ini.

Malah pengendali dari Argentina itu menyifatkan aksi persahabatan menentang Chonburi FC di Stadium Chonburi, Bangkok kelmarin amat penting bagi mempraktikkan beberapa pilihan dengan memberi pendedahan kepada pemain beraksi di posisi berbeza.

Pada aksi itu, Johor DT tewas 0-2 menerusi jaringan kapten Pipob On-Mo selepas menanduk bola hasil sepakan lintang Nurul Sriyankem pada minit ke-26 dan gol kedua pasukan itu dihasilkan pemain pinjaman dari Buriram United, Prakit Deeprom pada minit ke-56 yang menolak mudah ke dalam gol.

“Benteng pertahanan perlu bekerja lebih keras lagi pada sesi latihan dan tidak boleh memberi ruang kepada lawan menyusup masuk terlalu mudah untuk menjaringkan gol.

“Saya ada lima hingga enam pilihan untuk membentuk barisan mantap malah pada aksi persahabatan itu, kami juga memiliki beberapa peluang terhidang tapi gagal menjaringkan gol dan gandingan Jorge Pereyra Diaz dan Paulo Rangel perlukan sedikit masa untuk mendapat keserasian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 6:37 AM