GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Petaling Jaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengambil keterangan tiga individu termasuk bekas pengasuh kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu Disember tahun lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan memanggil beberapa individu ini ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya itu bagi melengkapkan siasatan yang dilakukan.

"Kemungkinan akan panggil individu lain selepas ini, bergantung kepada hasil soal siasat," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Semalam, media melaporkan polis merampas telefon bimbit ibu bapa Zayn Rayyan bagi siasatan lanjut mengikut prosedur operasi standard (SOP) biasa dalam siasatan.

Terdahulu, Ibu bapa kepada kanak-kanak itu direman tujuh hari bermula 1 hingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kronologi kes pembunuhan Zayn Rayyan

Ibu bapa Zayn Rayyan beri kerjasama baik - Peguam

'Drama' kian terungkai

Jangan cepat buat spekulasi! - Peguam

Polis siasat motif pembunuhan Zayn Rayyan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Jun 2024 @ 5:11 PM