HUSSEIN Omar Khan. FOTO arkib NSTP
HUSSEIN Omar Khan. FOTO arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Proses rakaman keterangan terhadap tiga individu termasuk bekas pengasuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin selesai, hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan memanggil wanita itu dan dua ahli keluarganya hanya untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini.

"Ya, kita selesai ambil keterangan mereka dan tidak tahan mana-mana individu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Media hari ini melaporkan polis memangil beberapa individu termasuk bekas pengasuh bagi membantu siasatan susulan penahanan ibu bapa Zayn Rayyan, Jumaat lalu.

Hussein dilaporkan berkata, polis juga berkemungkinan akan memanggil individu lain selepas ini bergantung kepada keperluan siasatan.

Terdahulu, polis menemukan bukti baharu dalam siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin pada Disember tahun lalu yang turut membawa kepada penahanan ibu bapa kanak-kanak autisme itu pada Jumaat lalu.

Penahanan pasangan 28 tahun itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam pada 10.25 pagi dan perintah reman diperoleh Sabtu lalu.

Kedua-dua mereka direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kronologi kes pembunuhan Zayn Rayyan

Ibu bapa Zayn Rayyan beri kerjasama baik - Peguam

'Drama' kian terungkai

Jangan cepat buat spekulasi! - Peguam

Polis siasat motif pembunuhan Zayn Rayyan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Jun 2024 @ 6:06 PM