VIRAL yang mendakwa Ketua Polis Daerah Kota Bharu ditumbuk Pegawai Memerintah 5 Rejimen Sempadan (RS).
VIRAL yang mendakwa Ketua Polis Daerah Kota Bharu ditumbuk Pegawai Memerintah 5 Rejimen Sempadan (RS).
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim menafikan viral Ketua Polis Daerah Kota Bharu ditumbuk Pegawai Memerintah 5 Rejimen Sempadan (RS) berhubung kes dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menembak mati seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam penyeludupan di Rantau Panjang, Khamis lalu.

Katanya, perkara itu tidak pernah berlaku dan ia fitnah semata-mata.

"Mereka yang mencetuskan viral ini akan memburukkan lagi keadaan dan mengganggu proses siasatan.

"Individu yang terbabit dengan penyebaran fitnah ini boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas viral di laman sosial yang mendakwa Ketua Polis Daerah Kota Bharu ditumbuk Pegawai Memerintah 5 Rejimen Sempadan (RS) berhubung kes dua anggota ATM menembak mati seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam penyeludupan di Rantau Panjang, kejadian 7 malam Khamis lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2016 @ 1:15 PM