SEORANG anggota tentera dari Batalion Ke 5 Rejimen Sempadan Kem Bukit Kayu Hitam Kedah mengawal di kawasan sempadan Malaysia Thailand di Sungai Golok hari ini. FOTO Bernama
SEORANG anggota tentera dari Batalion Ke 5 Rejimen Sempadan Kem Bukit Kayu Hitam Kedah mengawal di kawasan sempadan Malaysia Thailand di Sungai Golok hari ini. FOTO Bernama
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Rantau Panjang: Aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan negara Malaysia-Thailand masih terkawal walaupun paras air Sungai Golok hampir kering akibat fenomena El Nino dua bulan lalu.

Setiausaha Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN) Azhar Mohamad Yusof berkata, hasil kawalan pihak Angkatan Tentera Malaysia di sepanjang 168 kilometer dari Jeli hingga ke Pengkalan Kubor dapat mengekang penyeludupan.

Katanya, seramai 535 tentera yang ditugaskan 24 jam untuk mengawal sempadan termasuk di sungai kawasan kampung yang paras airnya cetek.

"Kami dapati penduduk di kawasan ini tidak mengambil kesempatan menyeludup barang dan hanya menjalani aktiviti riadah pada setiap petang.

"Penduduk Thailand juga tidak merentasi sungai untuk ke Rantau Panjang kerana kita akan melakukan pemeriksaan ketat termasuk mengambil tindakan undang-undang," katanya ketika ditemui selepas melawat Sungai Golok berdekatan Kampung Bagus, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Memerintah Batalion Kelima Rejimen Sempadan Leftenan Kolonel Nazaruddin Ismail.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2016 @ 12:48 PM