Majlis tahlil yang diadakan di rumah keluarga isteri arwah Kapten Hasman Hussin di FELDA Palong 13. - Foto Ihsan SITI HAZWANI
Majlis tahlil yang diadakan di rumah keluarga isteri arwah Kapten Hasman Hussin di FELDA Palong 13. - Foto Ihsan SITI HAZWANI
Oleh Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Seramai 20 pegawai dan anggota tentera dari Kem Syed Sirajuddin, Gemas, mengadakan majlis tahlil di rumah keluarga isteri arwah Kapten Hasman Hussin di FELDA Palong 13 di sini, malam ini.

Majlis tahlil dan bacaan Yasin yang diadakan selepas solat Maghrib itu diketuai guru agama kem berkenaan, Staf Sarjan Mohd Ezzanie Izran Robo.

Siti Hazwani Ahmad, 29, berkata majlis yang diuruskan sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu turut dihadiri lebih 30 ahli keluarga, rakan dan penduduk di sini.

"Pegawai dan anggota terbabit akan berada di sini sehingga jenazah suami tiba dengan menyewa beberapa rumah inap desa di kawasan berhampiran. Ia bagi memudahkan mereka membuat persediaan menguruskan ketibaan jenazah.

"Mereka juga akan mengiringi jenazah suami dan membawa saya sekeluarga ke Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka, untuk urusan pengebumian," katanya.

Siti Hazwani mengucapkan terima kasih kepada ATM, Kementerian Pertahanan dan kerajaan yang bertungkus lumus membantu kami menguruskan proses membawa pulang jenazah suami supaya ia dapat disegerakan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2015 @ 10:01 PM